minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

UMNO/BN SUDAH EXPIRE!

Perjalanan dari KL ke Taiping mengambil masa hampir 4 jam. Pagi tadi selepas sahur di dalam lebih kurang jam 5 pagi, saya, ayah saya, adik saya dan sepupu saya bergerak menaiki sebuah kereta menuju ke Taiping Perak. Kami bertolak dari Kuala Lumpur jam 5 pagi. Sebenarnya tujuan kami ke sana adalah untuk mengambil keputusan PMR adik kedua saya yang bersekolah di salah sebuah sekolah agama maahad di sana. Begitu juga dengan sepupu saya yang sebaya dengan adik saya, yang juga bersekolah di tempat yang sama.

Sampai di sebuah kawasan rehat di tepi lebuhraya kami berhenti untuk menunaikan solat Subuh. Jam menunjukkan lebih kurang 6 pagi. Kawasan di situ agak sesak walaupun masih awal pagi. Maklumlah musim balik kampung. Masing masing orang KL hendak balik raya di kampung. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Taiping.

Pegawai Daerah Selama Perak Darul Ridzuan

Sedang menanti adik dan sepupu saya mengambil keputusan PMR nya di pejabat sekolah, saya dan ayah saya menanti di tempat parking kereta. Jam masa itu menunjukkan pukul 8.50 pagi. Macam biasalah saya dan ayah saya PASti borak pasal politik tanah air. Saya cukup berminat dengan penerangan ayah saya yang sememangnya orang kuat BA. Ramai juga ibu bapa yang datang membawa anak anak untuk mengambil keputusan PMR hari ini. Kami berborak di luar kereta. Tiba tiba datang satu orang penjaga menaiki pajero bercermin gelap. Kebetulan tingkapnya di buka. Dia melambai ke arah ayah saya. Mungkin kerana dia nampak ayah saya yang memakai jeket keadilan. Tertera di bawah nombor plat belakang pajeronya tertulis Pegawai daerah Selama Perak Darul Ridzuan. Saya berbisik kepada ayah saya, "ini mesti orang Umno". Kemudian ayah saya pergilah ke arah pajero itu. Mereka bersalaman dan perkataan pertama yang keluar dari mulut orang tadi adalah "bagaimana reformasi di KL" mungkin kerana dia lihat nombor plat kereta kami yang no. KL. Wah sudah PASti orang ini satu bendera dengan kita. Mereka pun rancak berborak. Dia banyak bertanyakan soal peristiwa 5 November lalu dan ayah saya menerangkan semuanya. Dia juga yakin 2004 BA akan memerintah Malaysia. Bayangkanlah kakitangan kerajaan sendiri sudah menolak Umno & BN mentah mentah. Sah parti itu sudah expired.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Setelah selesai urusan di sekolah, kami pun bergerak menuju ke KL. Kali ini giliran saya memandu kereta. Ayah saya pula berehat. Tidak sampai 5 minit keluar dari kawasan sekolah itu, satu sekatan jalan raya kelihatan. Kali ini bukan polis trafik tetapi JPJ. Kenderaan bergerak agak perlahan ketika itu. Kebetulan kaset yang sedang terpasang ketika itu adalah kaset ceramah Ezam Md Noor semasa di Krubung Melaka. Sampai giliran kereta kami di periksa. Agaknya pegawai JPJ itu nampak dengan jelas sticker keadilan yang di tampal di cermin kereta kami. Tiba tiba kedengaran dari belakang laungan TAKBIR! kami berpaling ke belakang. Rupa rupanya pegawai JPJ yang berada di jeep yang melaungkan takbir itu. Agaknya kerana melihat kereta reformasi kami. Ketika itu pun saya memakai snow cap PAS yang di beli di markaz tarbiyah taman melewar. Laungan itu di ulang beberapa kali. Dan dia memandang ke arah kereta kami yang sedang di periksa. Kaset ceramah Ezam juga di pasang agak kuat ketika itu. Kami hanya mampu tersenyum. Orang bawahan pegawai JPJ yang sedang memeriksa kereta kami mengukirkan senyuman yang amat manis sekali. Sambil melambaikan tangan ke arah pegawai JPJ di situ, kami pon beredar dan di biarkan terus menuju ke KL.

Bayangkanlah pegawai pegawai kerajaan pun sekarang ini bersama dengan BA. Mereka tahu Mahathir sudah tidak layak menerajui Malaysia. Mahathir dan partinya sudah EXPIRED atau kata lain sudah tidak boleh di gunakan lagi. Pegawai kerajaan sendiri sudah sedar akan kelemahan Umno dan BN. Kita pula haruslah bangkit berjuang menentang kezaliman sehingga Mahathir dapat di gulingkan di pusingan akhir ini. Tidak kira apa cara sekalipun, pemuda kita sudah beri tempoh 15 bulan. Kita akan sama sama pastikan November tahun depan Anwar Ibrahim PASti bebas dan rejim Mahathir PASti di gulingkan.

Kami sampai di KL hampir pukul 2 petang. Selepas selesai solat Zohor saya terus menuju ke PC kesayangan saya. Tidak sabar rasanya untuk menceritakan pengalaman manis tadi kepada kalian semua pendukung reformasi. Teruskan lah berjuang. Kami mahasiswa sentiasa bersama berdiri teguh di belakang kepimpinan Barisan Alternatif. Jangan undur walaupun selangkah. Lawan tetap lawan! Sekian untuk kali ini. Wassalam.

Hidup Mahasiswa!! Reformasi!! Takbir!! Allahuakbar!!

ze elias,
Mahasiswa, aktivis reformasi, pendukung laman WR
webmaster@webreformis.com
www.webreformis.com

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter